Saya akan belajar dengan lebih bersuugguh - sungguh dan akan cuba ingat perkataan - perkataan yang bagus seperti frasa berbunga dan perbandingan semacam untuk peperiksaan lisan dan karangan saya. Untuk peperiksaan mendengar pula, saya akan cuba dengar dengan betul - betul. Saya juga akan mengorek telinga saya sebelum peperiksaan mendengar.
Saya akan cuba ingat semua peribahasa, imbuhan dan penjodoh bilangan untuk peperiksaan bahasa melayu saya. Saya bersyukur kerana peperiksaan lisan PSLE saya pada bulan puasa. Jika saya bernasib baik, kertas ini senang dan saya akan lulus kertas ini dengan bagus. InsyaAllah.
Blog Hamizan
Isnin, 1 Ogos 2011
Selasa, 19 Julai 2011
Faedah Blogging
- Saya dapat mempelajari lebih banyak perkataan melayu dan bagaimana untuk mengguna perkataan tersebut dengan seronok.
- Saya lebih memahami bagaimana cara-cara untuk mengguna blog bahasa melayu.
- Saya menambah ilmu tentang bahasa melayu.
Selasa, 28 Jun 2011
Cuti Sekolah Jun
Pada Cuti Sekolah Jun saya, saya pergi ke Hong Kong dengan keluarga saya. Terdapat sedikit sahaja makanan halal di situ.
Pada hari pertama, saya sampai di Hong Kong. Bilik hotel kami kecik dan sempit. Saya berkongsi bilik saya dengan atuk dan adik saya. Kamisekeluarga memakan maggi untuk makan petang.
Pada hari pertama, saya sampai di Hong Kong. Bilik hotel kami kecik dan sempit. Saya berkongsi bilik saya dengan atuk dan adik saya. Kamisekeluarga memakan maggi untuk makan petang.
Selepas makan petang, kami menaiki MTR, sejenis MRT, ke Tram Station. Di situ kita menaiki tram ke 'Madame Tussauds', sebuah musium lilin. Terdapat ramai orang di situ. Ada banyak patung lilin di situ seperti Jackie Chan. Seronok di situ berjumpa denga Spider- man. Selepas itu kami balik ke hotel dan tidur.
Pada hari kedua, kami berjalan-jalan membeli-belah di Causeway Bay dan Queen Central. Selepas satu hari membeli-belah, kami balik ke hotel dan tidur.
Pada hari ketiga kami pergi ke Macau. Terdapat banyak hotel di situ. Tetapi ada banyak casino di dalam hotel-hotel di stiu. Saya sekeluarga tentulah tidak ke casino. Kami pergi ke sebuah hotel yang bernama Venetian. Selepas membeli-belah di Venetian, kami ke City Of Dreams. di situ kami menonton sebuah pertunjukkan laser yang menakjubkan tentang naga. Saya membeli tiga keping baju bercorak naga.
Pada hari keempat dan terakhir, kami ke lapangan terbang yang besar. Di situ kami menaiki kapal terbang ke Singapura. Di dalam kapal terbang kami gembira hendak pulang ke Singapura.

Selasa, 17 Mei 2011
Idola saya
Saya ada banyak idola. Salah satu idola saya ialah Maher Zain. Saya meminatinya kerana dia suka menyanyi lagu - lagu tentang islam. Suaranya pun sedap dan merdu. Apabila saya mendengar suaranya saya berasa tenang. Antara lagu yang saya gemari adalah 'Barakallah'. Saya suka mendengarnya menyni tetapi saya tidak suka menyanyi.
Rabu, 27 April 2011
Bakat Saya
Nama saya Ahmad Hamizan Bin Izzul Haq. Saya ada banyak bakat seperti melukis dan berenang. Bakat saya adalah minat - minat saya juga.
Apabila saya melukis, saya akan cuba melukis cantik – cantik. Tetepi lukisan saya tidak selalu cantik. Keluarga saya akan kata yang lukisan saya selalu cantik untuk mengembirakan saya.
Saya akan menjadi gembira apabila saya berenang pula. Ibu saya tidak tahu berenang pula! Semua ahli keluarga saya yang lain tahu berenang. Saya selalu akan berlumba adik beradik saya. Saya akan berenang di kolam berenang yang jauh atau yang berdekatan. Saya tidak suka berenang di dalam kolam berenang yang kotor, atau yang ada serangga di dalamnya. Saya berasa geli melihat serangga di dalam kolam berenang. Jika tiada orang yang membersihkan kolam berenang, saya tidak akan berenang lagi!
Bakat saya yang lain adalah bermain permainan elektronik. Saya tidak tahu kenapa tetapi saya berasa tertarik kepada permainan – permainan ini. Saya pernah bermain banyak permainan elektronik. Saya bermain permainan – permainan ini dalam mungkin tiga atau empat kali setiap bulan di `Causeway Point`. Saya suka bermain permainan – permainan ini.
Saya juga suka dan ada bakat untuk mempelajari Sains dan Matematiks. Ada hari yang saya akan belajar hingga larut malam. Selepas ini saya akan tidur dan dikejut oleh ibu saya dan bersiap untuk pergi ke sekolah.
Isnin, 21 Mac 2011
Cuti Sekolah Saya.
Pada cuti sekolah Mac yang lalu, saya pergi ke banyak tempat separti Batam, Johor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Ya, semua dalam satu minggu. Saya pergi ke sana dengan ibu, bapa, adik, kakak, dua orang mak cik dan pak cik saya. Saya pergi bercuti di Batam dan Johor. Di sana, saya berenang, bermain NDS saya dan tidur. Ibu saya pun membawa saya membeli-belah tetapi saya tidak sukai perbuatan tersebut. Di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur pula, untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara-mara saya.
Saya rasa waktu percutian di Singapura amat pendek. Jika saya Menteri Pendidikan di Singapura, saya akan memberi satu cuti sekolah setiap dua bulan.
Saya rasa waktu percutian di Singapura amat pendek. Jika saya Menteri Pendidikan di Singapura, saya akan memberi satu cuti sekolah setiap dua bulan.
Rabu, 16 Februari 2011
Minat saya (2)
Langgan:
Catatan (Atom)