Selasa, 28 Jun 2011

Cuti Sekolah Jun

  Pada Cuti Sekolah Jun saya, saya pergi ke Hong Kong dengan keluarga saya. Terdapat sedikit sahaja makanan halal di situ.

  Pada hari pertama, saya sampai di Hong Kong. Bilik hotel kami kecik dan sempit. Saya berkongsi bilik saya dengan atuk dan adik saya. Kamisekeluarga memakan maggi untuk makan petang.

  Selepas makan petang, kami menaiki MTR, sejenis MRT, ke Tram Station. Di situ kita menaiki tram ke 'Madame Tussauds', sebuah musium lilin. Terdapat ramai orang di situ. Ada banyak patung lilin di situ seperti Jackie Chan. Seronok di situ berjumpa denga Spider- man. Selepas itu kami balik ke hotel dan tidur.

  Pada hari kedua, kami berjalan-jalan membeli-belah di Causeway Bay dan Queen Central. Selepas satu hari membeli-belah, kami balik ke hotel dan tidur.

  Pada hari ketiga kami pergi ke Macau. Terdapat banyak hotel di situ. Tetapi ada banyak casino di dalam hotel-hotel di stiu. Saya sekeluarga tentulah tidak ke casino. Kami pergi ke sebuah hotel yang bernama Venetian. Selepas membeli-belah di Venetian, kami ke City Of Dreams. di situ kami menonton sebuah pertunjukkan laser yang menakjubkan tentang naga. Saya membeli tiga keping baju bercorak naga.

  Pada hari keempat dan terakhir, kami ke lapangan terbang yang besar. Di situ kami menaiki kapal terbang ke Singapura. Di dalam kapal terbang kami gembira hendak pulang ke Singapura.