Rabu, 16 Februari 2011

Minat saya (2)

Saya gemar melukis naga-naga dan haiwan-haiwan lain juga. Saya pernah menghantar lukis-lukisan saya ke suratkhabar Berita Harian. Saya juga minat membaca buku ditulis oleh Roald Dahl dan J.K. Rowling. Saya rasa buku-buku mereka amat menarik.

Selasa, 15 Februari 2011

Minat saya (1)

Minat-minat saya adalah bermain permainan elektronik seperti 'Plants Versus Zombies' dan bermain dengan kawan-kawan saya. Saya juga suka bermain facebook bola keranjang, bola sepak dan berenang di kompleks.  
Walaupun saya jarang bermain di sekolah, saya selalu bermain sukan-sukan ini di rumah. Sukan-sukan ini membut saya sihat.








Ahad, 23 Januari 2011

Persiapan peperiksaan PSLE.

Saya berasa cemas dan takut untuk menghadapi peperiksaan PSLE pada hujung bulan September pada tahun ini. Saya akan belajar dengan lebih tekun untuk lulus dalam peperiksaan PSLE ini. Saya harus rajin belajar dan mengulangkaji pada tahun ini.
Jadual belajar saya adalah seperti berikut :
Isnin -- ulangkaji untuk bahasa Inggeris
Selasa --ulangkaji untuk bahasa  Melayu.
Rabu -- ulangkaji untuk Sains.
Khamis -- ulangkaji untuk Matematiks.
Saya akan bermula belajar pada pukul tujuh malam setiap hari. Tetapi, saya selalu berasa ngantuk apabila saya belajar di rumah. Saya harap saya dapat markah yang baik untuk peperiksaan PSLE.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diri Saya

          Nama saya Ahmad Hamizan. Saya gemar membaca buku. Saya suka bermain `Digimon Card Battle`. Saya berumur 11 tahun. Saya ada dua kakak dan satu adik lelaki. Rumah saya ialah sebuah flat jumbo.Makanan kegemaran saya ialah  pisang goreng.
          Saya hendak mendapat agregat 250 untuk peperiksaan      PSLE. Saya hendak mendapat gred A+ untuk Bahasa             Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.